Teksi terbakar, pemandu selamat

Iklan
Anggota bomba yang terlibat dalam operasi pemadaman teksi terbabit. Foto ihsan JBPM

KUANTAN - Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas teksi yang dipandunya terbakar di Kilometer (KM) 202 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) hala timur pada Jumaat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kebakaran membabitkan kereta jenis Proton Persona dan musnah 100 peratus.

Iklan
Iklan
Keadaan teksi yang terbakar dan musnah 100 peratus Foto ihsan JBPM

Menurutnya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas bersama sebuah jentera pemadam dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 7.26 petang.

"Komander operasi melaporkan benar berlaku kebakaran kereta jenis Proton Persona yang juga teksi.

Iklan

"Pasukan bomba membuat operasi pemadaman dengan menggunakan satu aliran gelung hos air tangki pam jentera bomba," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ujarnya, lelaki terbabit selamat dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 8.19 malam.

Iklan