Mujahid tidak wajar berselindung di sebalik blogger: Asyraf Wajdi

Iklan
Hantaran Asyraf Wajdi di Facebook menggesa Mujahid berdialog membincangkan isu Tabung Haji secara ilmiah

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof untuk berdialog bersama secara ilmiah bagi membincangkan isu-isu skandal melibatkan Lembaga Tabung Haji (TH).

Hasrat itu dinyatakan Asyraf menerusi hantaran di Facebook hari ini susulan dakwaannya yang dilihat 'kurang senang' dengan tindakan Mujahid yang tidak serius memperjelaskan isu berkaitan TH.

Iklan
Iklan

"Wahai kekandaku Dr Mujahid (Yusof), sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas Tabung Haji sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 10 Akta Tabung Haji 1995, tampillah secara bermaruah untuk memperjelaskan isu yang menyentuh institusi tersebut.

"Tidak wajar selamanya bergantung kepada blogger mahupun tentera cyber upahan untuk menjawab bagi pihak Tabung Haji mahupun YB Menteri dalam hal berkaitan TH.

Iklan

"Rakyat terutamanya 9.4 juta pendeposit TH berhak mengetahui kedudukan sebenar TH dan isu-isu berkaitan dengan pemberhentian operasi hotel-hotel TH dan banyak lagi isu termasuk jualan lambak aset-aset dan hartanah TH," tulisnya.

Asyraf berkata, jika benar sekalipun alasan blogger upahan bahawa penjualan aset-aset dan hartanah TH secara lambak berpunca daripada 'skandal dan penyelewengan', maka janganlah takut untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sebagaimana janji 100 hari manifesto PH.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Pas tuntut penjelasan kerajaan empat hotel TH ditutup: Tuan Ibrahim

Katanya, lagipun sehingga hari ini selepas hampir dua tahun pemerintahan PH, tiada seorang pun individu yang didakwa berkaitan TH.

"Sekali lagi saya menjemput Mujahid untuk kita berdialog secara ilmiah berkaitan isu-isu skandal TH sebagaimana yang didakwa.

"Tapi, janganlah pula hantar Pengerusi LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) untuk mencabar saya berdebat. Ini perkara serius melibatkan hal ehwal TH bukannya berkaitan hal ehwal pengurusan ikan," katanya.