'JPM Hal Ehwal Agama sentiasa rujuk ulama isu sentuh sensitiviti agama Islam' - Zulkifli

Iklan
Zulkifli ditemui pemberita selepas Majlis Apresiasi Tahun Enam Sekolah Sri Seremban di sebuah hotel di Seremban.

SEREMBAN - Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) sentiasa cakna dan mengambil berat setiap isu yang dilihat menyentuh soal sensitiviti agama Islam di negara ini.

Timbalan Menterinya, Dr Zulkifli Hasan berkata, para ulama sentiasa menjadi rujukan dalam mendepani isu tersebut.

Iklan
Iklan

"Saya nak maklumkan kepada semua yang JPM Hal Ehwal Agama sememangnya cakna dan mengambil berat mengenainya (isu sensitiviti agama Islam).

"Namun kita tidak melakukan apa-apa perkara secara semberono dan tergopoh- gapah kerana kita ada proses, pakar, agensi dan rujukan dengan para ulama yang juga menasihatkan kita (JPM Hal Ehwal Agama)" katanya ditemui pemberita selepas Majlis Apresiasi Tahun Enam Sekolah Sri Seremban di sini pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar yang menggesa pihak berautoriti agama termasuk Menteri Agama membuat penjelasan mengenai sambutan Krismas di premis yang diterajui Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming baru-baru ini.

Menurutnya lagi, pihaknya bergerak secara sistematik dan tiada sebarang maksud politik.

Iklan

Tambahnya, setiap tindakan yang dilakukan juga adalah terbaik bukan sahaja untuk mewujudkan keharmonian agama di negara ini tetapi juga menegakkan syiar Islam.

"Kita nampak apa yang dilaksanakan (sambutan Krismas di KPKT) itu sudah jadi amalan dan disambut oleh rakyat Malaysia.

"Jadi pada waktu ini saya rasa semestinya kefahaman itu sudah ada. Malah nasihat-nasihat telah diberikan Jabatan Mufti dan sebagainya. Kita rujuk pada pandangan yang telah diberikan.

"Sehubungan itu, beliau berharap perkara itu tidak lagi dipolemikkan," katanya.