Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga jam 5 petang ini

Iklan
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di ibu negara dan Labuan, serta beberapa kawasan di Perak, Selangor, Sarawak dan Sabah. Foto hiasan.

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di ibu negara dan Labuan, serta beberapa kawasan di Perak, Selangor, Sarawak dan Sabah hingga 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan di Perak, ia melibatkan kawasan Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim manakala di Selangor, keadaan cuaca itu diramalkan melanda Hulu Selangor, Gombak serta Petaling.

Iklan
Iklan

Sibu (Selangau), Mukah, Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang di Sarawak, serta Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Nabawan), Pantai Barat (Tuaran dan Kota Belud), Tawau dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat) di Sabah turut dijangka mengalami cuaca yang sama. - Bernama

Iklan
Iklan