Nahas 7 maut: Polis cari tayar lori punca kemalangan

Iklan
Polis sedang mencari tayar lori yang tercabut dalam kemalangan meragut tujuh nyawa di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini bulan lalu.

ALOR GAJAH - Polis sedang mencari tayar lori yang tercabut dalam kemalangan meragut tujuh nyawa di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, ini kerana semasa siasatan di lokasi kejadian, pihaknya tidak menemui tayar lori berkenaan.

Iklan
Iklan

"Itu yang sedang kita usahakan kerana semasa kejadian, pihak polis dan pihak PLUS tiada maklumat berkaitan punca kejadian dan kita pula sibuk untuk misi menyelamat.

"Tapi setelah tular rakaman 'dashcam' (papan pemuka) dan kenyataan daripada pemandu lori yang beritahu tayar lorinya tercabut, baru pihak polis cari tayar itu," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan tayar terbabit diambil semula oleh pemandu lori berkenaan.

Sebelum ini media melaporkan, nahas berkenaan berpunca daripada tayar sebuah lori yang tercabut dan berada di lorong tengah lebuh raya berkenaan.

Iklan

Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam itu, nahas membabitkan sebuah bas persiaran membawa 27 penumpang, lori, treler, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah Perodua Bezza turut mengakibatkan 33 mangsa lain cedera.