'Tak perlu risau virus HMPV melainkan varian baharu'
Iklan
SHAH ALAM - Orang ramai tidak perlu bimbang mengenai penularan virus human metapneumovirus (HMPV) yang sedang merebak di China kerana penyakit ini sudah lama wujud di Malaysia kecuali ia menghasilkan varian baharu.
Pakar daripada Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Sazaly Abu Bakar berkata, penyakit itu serupa dengan selesema biasa yang mudah menjangkiti kanak-kanak berusia sekitar lima tahun.