Hukuman sebat di 10 negara

Iklan
Negara-negara yang melaksanakan hukuman sebat percaya ia antara cara terbaik untuk ‘mendisiplinkan’ rakyatnya.

BEBERAPA negara di dunia ini melaksanakan hukuman sebat sebagai sebahagian daripada sistem keadilan.

Meskipun adakala hukuman itu mencetuskan kontroversi, negara-negara yang melaksanakan hukuman tersebut percaya ia adalah antara cara terbaik untuk ‘mendisiplinkan’ rakyatnya.

Iklan
Iklan

Di sini disenaraikan 10 negara yang melaksanakan hukuman berkenaan.

1. Arab Saudi

Iklan

Sebatan digunakan untuk pelbagai kesalahan termasuk jenayah moral dan kesalahan agama.

Bagaimanapun, pada 2020, BBC melaporkan negara itu akan menghapuskan hukuman sebat dan digantikan dengan hukuman penjara atau denda.

Iklan

Kali terakhir hukuman sebat menjadi tumpuan di negara itu ialah pada tahun 2015 ketika penulis blog, Raif Badawi dikenakan hukuman di hadapan umum selepas disabitkan dengan jenayah siber dan menghina Islam. Dia dijatuhi hukuman 1,000 kali sebat.

2. Malaysia

Hukuman sebat dikenakan untuk kesalahan tertentu seperti jenayah seksual, dadah, imigresen dan lain-lain. Ia dijalankan secara tertutup di penjara.

Sementara itu, pada 27 Disember lalu, seorang pesalah khalwat berulang dikenakan hukuman sebat di khalayak ramai di Terengganu yang disifatkan segelintir pihak sebagai titik perubahan dalam sejarah undang-undang syariah negara.

3. Singapura

Hukuman sebat adalah wajib untuk jenayah tertentu seperti pemerkosaan, rogol, vandalisme dan kesalahan imigresen.

Sebatan dilakukan dengan rotan berat. Amalan sebat sebagai hukuman telah diperkenalkan pada zaman penjajahan British di Singapura.

4. Brunei

Sebatan dijalankan di bawah undang-undang syariah untuk kesalahan seperti seksual, termasuk homoseks, zina dan rogol.

Malah, negara majoriti umat Islam itu turut melaksanakan hukum hudud bermula 2019. Pelaksanaan undang-undang syariah itu dilaksanakan dalam tiga fasa.

5. Indonesia (Aceh)

Aceh melaksanakan hukuman sebat di bawah undang-undang syariah untuk kesalahan termasuk berjudi, berzina, minum alkohol dan melakukan hubungan seks dengan pondan atau pra-perkahwinan. Malah hukuman sebat di khalayak ramai turut dilaksanakan di Aceh.

6. Iran

Hukuman sebat digunakan untuk jenayah tertentu termasuk pencurian kecil, mabuk dan kesalahan moral. Pada 2016 dilaporkan lebih 30 pelajar dikenakan hukuman 99 sebatan di Iran selepas didapati bersalah melanggar peraturan moral negara itu.

7. Nigeria (di bahagian tertentu)

Hukuman sebat dilaksanakan di bawah undang-undang syariah untuk kesalahan agama dan jenayah moral.

8. Sudan

Sebatan dikenakan untuk jenayah seperti perzinaan, mabuk dan pelanggaran lain di bawah undang-undang syariah.

9. Maldives

Sebatan digunakan untuk kesalahan seperti zina berdasarkan interpretasi undang-undang syariah.

10. Afghanistan

Sebatan digunakan untuk pelanggaran moral dan jenayah tertentu di bawah undang-undang syariah.