Memahami kontroversi lantikan TYT Sabah
Iklan
PADA 17 Disember lalu, bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Musa Aman dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11 mengikut Perkara 1(1) Perlembagaan Negeri Sabah, bagi tempoh empat tahun bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2028.
Biarpun pelantikan Musa sebagai Yang di-Pertua Negeri (TYT) adalah atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong (YDPA) selepas menerima nasihat daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, namun ramai yang mempertikaikan kelayakannya untuk menyandang jawatan tersebut berikutan 46 tuduhan rasuah yang pernah dihadapinya.