Baik pulih hubungan jika mahu pertahankan Kerajaan Perpaduan
Iklan
SHAH ALAM - Serangan sesama parti gabungan menunjukkan masih terdapat aspek perlu dibaik pulih sekiranya mahu mempertahankan hubungan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata, antara aspek yang perlu diberi perhatian ialah kenyataan setiap parti gabungan perlu dipastikan tidak mengganggu proses dalaman demi kestabilan politik.