KLANG - Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengeluarkan tiga kompaun terhadap pemilik premis barang lusuh dalam satu operasi di Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman di sini.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dalam satu kenyataan memaklumkan, pemeriksaan sebelum itu mendapati premis menyimpan barang lusuh itu menjalankan operasi tanpa lesen.
Iklan
Iklan
"Pengusaha telah menjalankan aktiviti menyimpan barang lusuh sejak beberapa bulan lepas dengan menggajikan pekerja warga asing.
"Premis juga melakukan kesalahan dengan meletakkan barang sekerap logam di lorong belakang premis dan menyebabkan halangan awam.
"Arahan tegas telah dikeluarkan kepada pengusaha untuk segera mengalihkan sekerap logam di lorong belakang premis tersebut," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan, sebanyak tiga kompaun dikeluarkan antaranya membabitkan satu kompaun di bawah Undang-Undang Kecil 3 Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian MPK 2007
"Dua lagi kompaun membabitkan satu kompaun di bawah Undang-Undang Kecil 7 Iklan MPK 2007 dan satu kompaun di bawah Seksyen 46 (1)(d) AJPB 1974," kata kenyataan.