Lelaki melecur, 13 rumah di Tanjung Dawai terbakar

Iklan
Sebanyak 13 rumah di Kampung Keda, Tanjung Dawai terbakar dalam kejadian pagi Ahad.

MERBOK - Seorang lelaki dilaporkan melecur di tangan dan kaki dalam kebakaran membabitkan 13 rumah di Kampung Keda, Tanjung Dawai di sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi (PPON) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Azhar Mohamad berkata, mangsa berusia 30-an telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 7.28 pagi setelah menerima panggilan kecemasan MERS 999 berhubung kebakaran terbabit.

"Jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan sampai pada jam 7.54 pagi dengan jarak ke lokasi sejauh 19.8 kilometer.

Iklan

"Operasi memadam kebakaran turut dibantu BBP Guar Chempedak dan Sungai Petani selain kehadiran anggota dari Balai Bomba Sukarela berdekatan," katanya.

Anggota Bomba dan Penyelamat melaksanakan operasi memadam kebakaran di Kampung Keda Tanjung Dawai.

Jelas beliau, setibanya di lokasi mendapati kebakaran melibatkan 13 rumah kelas A dengan anggaran kemusnahan 80 peratus.

Iklan

"Seorang lelaki berusia 30-an dilaporkan melecur di bahagian kaki dan tangan namun maklumat lanjut masih belum diperoleh," katanya.

Jelasnya, tindakan pemadaman menggunakan enam aliran 10 pancutan dilakukan.

"Setakat ini, Pos Kawalan Bomba (PKB) Tanjung Dawai telah diaktifkan.

"Operasi di lokasi kini di peringkat 'overhaul'," katanya.