CALON pilihan pencabar kejuaraan, Arsenal mensia-siakan peluang untuk memberi tekanan kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool apabila seri 1-1 ke atas Brighton & Hove Albion dalam aksi di Stadium Komuniti Amex.
Arsenal sebelum ini muncul semula sebagai pasukan paling berkemungkinan untuk menolak Liverpool pada separuh kedua dan kemenangan di Brighton akan mengurangkan jurang kepada tiga mata selepas kemerosotan aksi musim luruh lalu.
Iklan
Iklan
The Gunners kendalian Mikel Arteta kelihatan di landasan terbaik untuk kemenangan liga keempat berturut-turut apabila pemain remaja Ethan Nwaneri,17, menghadirkan pendahuluan minit ke-16 pada separuh masa pertama.
Namun kedudukan itu tidak kekal apabila Joao Pedro menghasilkan gol penyamaan minit ke-61 separuh masa kedua selepas menyempurnakan sepakan penalti bagi mengikat perlawanan 1-1.
Keputusan itu menyaksikan Arsenal mengumpul 40 mata hasil daripada 20 perlawanan, manakala Liverpool pula 45 mata.
Sementara itu, cabaran Chelsea terus goyah apabila turut kehilangan mata penuh apabila seri 1-1 menentang Crystal Palace di Stadium Selhurst Park meletakkan mereka di tempat keempat dengan 36 mata daripada 20 perlawanan, satu mata di belakang pasukan tangga ketiga Nottingham Forest yang berdepan Wolverhampton Wanderers.
"Kami bermain setiap tiga hari. Saya faham betapa kami mahu menang, tetapi dari segi kualiti dan konsistensi dan melakukan perkara mudah dengan betul menentang pasukan yang kompetitif, kami tidak melakukan cukup hari ini," ujar Mikel Arteta.