Gudang racun tikus terbakar

Iklan
Anggota bomba memadam kebakaran sebuah gudang memproses dan menyimpan racun tikus di Bestari Jaya pada Ahad.

KUALA SELANGOR - Tujuh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dikerah dalam operasi memadam kebakaran yang memusnahkan sebuah gudang memproses dan menyimpan racun tikus di Bestari Jaya di sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.14 pagi.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, sepasukan 40 anggota termasuk pegawai bersama tujuh jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kesemua anggota melibatkan BBP Bestari Jaya, Kuala Selangor, Batu Arang, Kapar, Klang Utara, Rawang dan Sungai Besar," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Ahmad Mukhlis memberitahu, hasil pemeriksaan mendapati api marak memusnahkan gudang berkeluasan 180 x 50 kaki meter persegi.

Bagaimanapun, katanya, kejadian melibatkan 80 peratus kebakaran itu berjaya dikawal kira-kira jam 5.39 pagi.

Iklan

"Kerja pemantauan lanjut kebakaran selesai dijalankan dan operasi tamat sepenuhnya jam 10.30 pagi," tambah beliau.