Amaran hujan berterusan di empat negeri ditamatkan - MetMalaysia

Iklan
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang dikeluarkan pada 1 Januari lepas, kini ditamatkan. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang dikeluarkan pada 1 Januari lepas, kini ditamatkan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan berdasarkan analisis model-model cuaca, menunjukkan cuaca dijangka bertambah baik dan tiada potensi hujan berterusan di negeri-negeri terbabit.

Iklan
Iklan

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web serta media sosial rasmi MetMalaysia dan aplikasi mudah alih myCuaca.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638. - Bernama

Iklan

Iklan