Reman suspek langgar polis disambung tiga hari lagi

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai anggota polis cedera dilanggar pacuan empat roda di Batu 4 Jalan Pantai Port Dickson pada Rabu.

PORT DICKSON - Tempoh reman terhadap seorang lelaki yang melanggar anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan pada Rabu lalu, disambung tiga hari lagi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, reman terhadap suspek berusia 37 tahun itu disambung sehingga Selasa depan.

Iklan
Iklan

"Sebelum ini suspek direman bermula 1 Januari hingga semalam (Sabtu) tetapi kita mohon remannya disambung tiga hari lagi untuk siasatan lanjut.

"Sebaik semuanya selesai, kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Sebelum ini media melaporkan seorang anggota polis cedera ringan selepas dilanggar oleh suspek ketika pihak berkuasa mengejarnya dari Batu 4 ke Batu 1, Jalan Pantai, Port Dickson.

Kejadian kira-kira jam1.40 pagi itu berlaku semasa polis menjalankan tugas rondaan ambang tahun baharu.

Iklan

Sebaik saja berjaya ditahan, pemeriksaan mendapati di dalam kereta suspek terdapat beberapa guni kabel yang telah dibakar dan dadah.