Futsal berkain pelekat, Battle of Buskers serikan jelajah Sinar

Iklan
Empat pasukan menyertai perlawanan futsal kain pelekat di gelanggang futsal Institut Kemahiran Mara (IKM) Beseri pada petang Sabtu.

BESERI - Jelajah Sinar Untuk Rakyat di Perlis turut diserikan dengan aktiviti buat golongan muda iaitu perlawanan futsal berkain pelekat dan Battle of Buskers.

Pasukan pilihan Masjid Jamek Beseri B muncul juara perlawanan futsal kain pelekat membabitkan empat penjuru pada petang Sabtu selepas berjaya menewaskan pasukan Sinar Harian pada final dengan keputusan 3-1.

Iklan
Iklan

Sebelum itu, pada perlawanan separuh akhir, Masjid Jamek Beseri B berjaya menewaskan pasukan sukarelawan Sinar Harian 4-0.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir, Sinar Harian pula terikat 1-1 pada perlawanan sebenar menentang pasukan pilihan Masjid Jamek Beseri A sebelum menang 4-3 menerusi sepakan penalti.

Iklan

Pada perlawanan final di gelanggang futsal Institut Kemahiran Mara (IKM) Beseri, Masjid Jamek Beseri B berjaya mendominasi permainan untuk keluar sebagai juara walaupun diberikan saingan sengit oleh Sinar Harian.

Empat kumpulan muzik menyertai Battle Of Buskers yang diadakan di Block Caife, Kangar pada malam Sabtu.

Iklan

Sementara itu, pada Battle Of Buskers yang diadakan di Block Caife, Kangar pada malam Sabtu, kumpulan The NGI berjaya mendapat tempat pertama.

Tempat kedua pula menjadi milik 20 Hundred Music, tempat ketiga milik Lanchang Music dan tempat keempat milik Accara.

Setiap kumpulan muzik ini diberikan tempoh 30 minit untuk membuat persembahan menghiburkan para pengujung Block Caife sambil diadili oleh tiga juri.