YBR sumbang RM19,273 kepada pelajar tajaan terlantar lumpuh

Iklan
Syaiful (tiga dari kanan) menyantuni Aidafatini yang menderita penyakit Anterior Cord Syndrome Secondary To Spinal Cord Infraction sejak Mac 2021.

SHAH ALAM - Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyumbang RM19,273 kepada seorang pelajar tajaan Pembiayaan Pendidikan Boleh Upaya (PPBU) yang terlantar lumpuh sebagai wang pampasan perlindungan takaful.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, jumlah tersebut dapat mengurangkan kos perbelanjaan dan bebanan kewangan yang ditanggung ibu bapanya dari segi rawatan dan ubat-ubatan bulanan.

Iklan
Iklan

Syaiful (tiga dari kanan) menghulurkan bantuan kepada bapa Aidafatini, AB Hamid (dua dari kiri).

Menurutnya, Aidafatini AB Hamid, 24, merupakan mahasiswa yang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan di Universiti Malaya (UM) menderita penyakit Anterior Cord Syndrome Secondary To Spinal Cord Infraction sejak Mac 2021.

Iklan

"Saya terpanggil untuk menyantuni sekali lagi adik Aidafatini untuk melihat semula keadaan kesihatan dan menyerahkan sendiri wang pampasan perlindungan takaful kepada keluarganya.

"Setelah pihak YBR selesai menyelesaikan bayaran balik pembiayaan pendidikan yang telah dikeluarkan kepada Aidafatini sepanjang pengajian pada tahun 2019 sehingga 2021 sebanyak RM19,000, lebihan dari bayaran balik itulah dipulangkan semula kepada pelajar atau waris untuk digunakan semula,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Tambah Syaiful, YBR menetapkan syarat bagi setiap pelajar yang menerima tawaran PPBU mengambil perlindungan takaful adalah bagi melindungi pelajar serta waris daripada sebarang musibah.

Katanya, kebaikan potongan takaful bertujuan ibu bapa atau waris tidak perlu risau dengan jumlah pembayaran semula yang perlu ditanggung pelajar.

"Ini kerana YBR akan memastikan pihak takaful membayar semula jumlah pembiayaan yang ditanggung sekiranya ada sebarang permasalahan seperti kesihatan, kemalangan ataupun berlaku kematian.

Ketua Pegawai Esekutif Maips, Mohd Nazim Mohd Noor (kiri) turut meluangkan masa melawat adik Aidafatini di kediamannya di Arau, Perlis.

"Justeru, YBR akan sentiasa mendoakan agar Aidafatini diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Dalam pada itu, bapa Aidafatini iaitu AB Hamid Che Awang, 68, tidak menyangka akan menerima sumbangan daripada YBR untuk kali kedua.

Ujarnya, dia memerlukan dana tambahan untuk membantu anaknya yang terlantar disebabkan pendapatan pencen bulanan tidak mencukupi untuk menyara keluarga.

Saiful (tiga dari kanan) menghulurkan bantuan kepada bapa Aidafatini, AB Hamid (dua dari kiri).

"Saya amat terkejut dan berterima kasih kepada YBR untuk memberikan wang pampasan takaful serta melihat keadaan anak kami yang masih memerlukan kos perubatan dianggarkan RM1,400 sebulan termasuk kelengkapan penjagaan.

"Wang takaful ini ibarat rezeki terpijak dan ianya amatlah membantu saya dalam menguruskan anak yang memerlukan jagaan penuh,” katanya.

Selain itu, seramai 7,413 pelajar ditawarkan PPBU YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM209.78 juta.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kepada Aidafatini boleh menghubunginya bapanya, AB Hamid di talian 012-454 5135.