SINGAPURA - Kira-kira 35 penduduk dipindahkan awal pagi Ahad selepas kebakaran berlaku di sebuah rumah berkembar tiga tingkat kosong di timur Singapura, lapor Xinhua.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura melaporkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira 12.45 tengah malam.
Anggota bomba dari Balai Bomba Kallang dan Balai Bomba Paya Lebar yang tiba di lokasi mendapati api sedang marak di tingkat bawah serta merebak ke tingkat atas.
Iklan
Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira 3 pagi dengan tingkat atas rumah mengalami kerosakan. Sebuah unit bersebelahan turut terjejas.
Punca kebakaran masih dalam siasatan. - Bernama
Iklan