Penganjur konsert Pinkfish dipanggil beri keterangan pada Isnin

Iklan

SUBANG JAYA - Penganjur konsert Pinkfish akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, di sini, pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, keterangan mereka akan diambil bagi membantu siasatan berhubung kematian empat pengunjung konsert berkenaan.

Iklan
Iklan

Katanya, siasatan juga membabitkan aktiviti penjualan dadah jenis ekstasi yang dipercayai berlaku di luar dan dalam premis ketika berlangsungnya konsert itu.

"Selain penganjur, kita juga ada memanggil ahli keluarga dan rakan mangsa," katanya pada Ahad.

Iklan

Wan Azlan berkata, dua mangsa lagi masih lagi menerima rawatan di hospital dan dilaporkan lemah tetapi stabil.

Media sebelum ini melaporkan empat individu tempatan berusia lingkungan 20 hingga 40-an termasuk dua wanita meninggal dunia selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu itu.

Iklan

Mereka adalah antara tujuh pengunjung yang dimasukkan ke hospital selepas mengalami beberapa simptom sama selepas menghadiri konsert.

Pemeriksaan ke atas semua individu berkenaan tidak menemui sebarang kecederaan luaran.

Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). - AWANI