20 tahun ‘gantung’ mikrofon, Illa Sabry janggal naik pentas

Iklan
Illa Sabry mengakui suasana industri muzik kini berbeza namun bersyukur kemunculan semula mendapat respons positif peminat. Gambar/ IG Illa Sabry

SELEPAS 20 tahun meninggalkan pentas persembahan, peserta program realiti Gegar Vaganza musim ke-11, Illa Sabry mengakui pada awalnya janggal membuat kemunculan semula.

Illa atau nama sebenarnya Fasillah Sabry ketika ditemui Astro AWANI, mengakui suasana industri muzik kini berbeza namun bersyukur kemunculan semula mendapat respons positif peminat.

Iklan
Iklan

"Tetapi seiring masa, akhirnya saya dapat sesuaikan diri. Alhamdulillah,” katanya.

Bercerita lebih lanjut, penyanyi berusia 45 tahun ini memberitahu, anak tunggalnya, Yaya juga terkejut melihat penampilan pertamanya ketika di minggu pertama konsert GV-11.

Iklan

"Bila tengok mak dia di kaca televisyen, dia pun terkejut. Tetapi Yaya juga beri sokongan untuk saya kembali aktif di pentas nyanyian.

"Saya juga mahu kembali aktif menyanyi sekiranya mendapatkan karya yang baik seperti mana saya mendapat peluang menyanyikan lagu Keranamu Kekasih yang pernah menjadi lagu tema filem Gerak Khas The Movie,” katanya yang kini mengusahakan Restoran Cik Gebu yang memiliki tiga cawangan di Kuala Lumpur. - Awani

Iklan