Amaran hujan lebat, ribut petir di 10 negeri hingga 9 malam ini

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang melibatkan 10 negeri bermula jam 5.30 petang hingga 9 malam ini. Gambar hiasan

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang melibatkan 10 negeri bermula jam 5.30 petang hingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, keadaan cuaca itu bakal melanda Kedah membabitkan daerah Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Iklan
Iklan

"Seterusnya, ia bakal membadai seluruh Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur dan WP Putrajaya, manakala di Pahang pula Tanah Tinggi Cameron serta Johor (Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru).

"Pada masa sama, di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Tawau dan Sandakan," katanya pada Ahad.

Iklan

Mengulas lanjut, MetMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.

Menurutnya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Iklan