SHAH ALAM - Perkhidmatan percubaan laluan bas 451 hentian terhad dilanjutkan sehingga 30 Mac 2025.
Jenama perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Rapid KL berkata, ia melibatkan laluan yang bermula dari Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Kajang akan melalui kawasan Bangi, kompleks kerajaan di Putrajaya dan Putrajaya Sentral pada jam 6.30 pagi setiap Isnin hingga Jumaat sahaja.
Iklan
Iklan
"Manakala bagi laluan bermula dari MRT Putrajaya Sentral hingga MRT Kajang pula pada jam 5 petang. Tambang yang dikenakan hanya serendah RM1 sehala," katanya menerusi Facebook pada Ahad.
Sebelum ini, percubaan laluan bas 451 bermula 3 Julai lalu dan sepatutnya berakhir pada 30 September namun dilanjutkan kepada 31 Disember 2023.
Laluan dengan hentian terhad tersebut membawa penumpang dari Kajang dan Bangi terus ke Putrajaya, dan disasarkan untuk pekerja sektor kerajaan yang tidak menetap di kota pentadbiran itu.