Musim sejuk lonjakkan kes HMPV

Iklan
Antara gambar yang menjadi tular di media sosial memaparkan keadaan hospital di Beijing yang sesak. - Foto Agensi

BEIJING - China berdepan jangkitan pernafasan yang menyaksikan hospital di bandar utama kini sesak dengan pesakit human metapneumovirus (HMPV) dan jenis virus selesema lain.

Pemerintah bagaimanapun cuba meredakan kebimbangan komuniti antarabangsa dengan menyatakan lonjakan luar biasa tersebut disebabkan oleh fasa musim sejuk.

Iklan
Iklan

Jurucakap Kementerian Luar, Mao Ning turut memberi jaminan ia hanya mencapai kemuncak pada musim sejuk dan adalah selamat untuk melakukan lawatan ke negara itu.

"Penyakit itu kurang teruk berbanding Covid-19 dan hanya menular pada skala lebih kecil berbanding tahun sebelum ini,” ujarnya sambil menyarankan orang ramai terus mematuhi garis panduan dikeluarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China.

Iklan

Sejak awal minggu lalu, rakaman dan video memaparkan keadaan huru-hara di hospital susulan peningkatan luar biasa penyakit yang dikatakan mempunyai gejala serupa dengan Covid-19.

Difahamkan, masalah berkaitan pernafasan termasuk HMPV, influenza A dan Mycoplasma pneumoniae yang mengakibatkan radang paru-paru melonjak dengan ketara hingga memberi tekanan kepada kemudahan kesihatan di Beijing.

Iklan

HMPV adalah yang paling mengundang rasa khuatir dalam kalangan masyarakat ketika ini kerana penyakit itu boleh menyebabkan komplikasi seperti bronkitis atau radang paru-paru terutamanya dalam kalangan kumpulan yang berisiko seperti kanak-kanak dan orang tua.

Peningkatan kes jangkitan pernafasan itu turut mencetuskan kebimbangan negara di rantau Asia termasuk India, Indonesia dan Jepun yang kini mengambil langkah berjaga-jaga. - Agensi