'Kahwin olok-olok' di Singapura meningkat pada 2024

Iklan
Trend 'kahwin olok-olok' didakwa semakin membimbangkan di Singapura. - Foto Agensi

SINGAPURA - Kes perkahwinan palsu di Singapura dilaporkan meningkat secara mendadak iaitu sebanyak 32 kes pada tahun lalu.

Data itu berdasarkan kes direkodkan antara Januari dan September 2024 berbanding hanya empat kes dalam tempoh sama pada 2023.

Iklan
Iklan

Straits Times memetik kenyataan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) melaporkan lonjakan itu disebabkan oleh warga asing yang mahu melanjutkan tempoh permit menginap dan permit kerja di negara itu.

Di bawah undang-undang negara itu, individu terlibat perkahwinan palsu boleh dihukum penjara 10 tahun, didenda S$10,000 (RM32,902) atau kedua-duanya sekali jika disabit bersalah.

Iklan

Kes terbaharu yang 'kantoi' ketika operasi pada bulan lalu melibatkan lelaki warga tempatan dan wanita rakyat Vietnam.

Hasil siasatan ICA mendapati pasangan itu mengaku tinggal bersama, namun ibu lelaki itu mendakwa dia tidak tahu-menahu tentang perkahwinan tersebut.

Iklan

Pada Jun 2024, seramai 13 individu termasuk enam wanita warga Vietnam didakwa terbabit sindiket perkahwinan palsu. - Agensi