Teruskan himpunan solidariti Najib kerana hormati kuasa Agong - Pemuda Pas

Iklan
Pas tetap akan meneruskan himpunan Solidariti Bersama Datuk Seri Najib Tun Razak Menuntut Keadilan pada Isnin.

SHAH ALAM - Pas tetap akan meneruskan himpunan Solidariti Bersama Datuk Seri Najib Tun Razak Menuntut Keadilan pada Isnin meskipun ramai masih tertanya-tanya status penganjuran acara tersebut.

Ketua Pemudanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, antara sebab mengapa ia perlu berjalan seperti biasa kerana hak berhimpun dijamin dalam perlembagaan dan ia juga dibuat bagi menghormati kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Iklan
Iklan

Justeru menurut beliau, himpunan di Istana Kehakiman Putrajaya adalah untuk mendesak kerajaan menjelaskan sebab mengapa Titah Adendum bekas Perdana Menteri itu tidak dilaksanakan.

Tangkap layar hantaran Afnan Hamimi di Facebook pada Ahad.

"Walaupun ada yang kata menderhaka, tidak! Kita menghormati kuasa Yang di-Pertuan Agong kerana kita dapati ada arahan atau Titah Adendum daripada ketua negara sebelum ini (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) terhadap kes Najib.

Iklan

"Jadi, kita nak tahu kenapa titah tersebut kerajaan tidak laksanakan? Setakat ini dilaporkan wujud kerana afidavit dikemukakan anak Najib. Kalau ingkar arahan Tuanku maknanya derhaka, tidak boleh memimpin negara.

"Inilah yang rakyat persoalkan. Sama-sama kita berhimpun untuk mengangkat Raja, Sultan dan Yang di-Pertuan Agong pada tempat sepatutnya kerana itulah ketua sistem demokrasi berparlimen di Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Iklan

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Pas tidak berhasrat menyemak kembali saranan yang dibuat berhubung kehadiran aman ahli-ahlinya ke himpunan terbabit.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan, ini kerana ia sama sekali tidak menyanggah, mengurangi makna dan tujuan titah Yang di-Pertuan Agong, mana-mana peruntukan Perlembagaan atau mengganggu proses Lembaga Pengampunan.

Menurutnya, himpunan sekadar melibatkan kehadiran rakyat jelata rentas kaum secara aman dan fahaman ke suatu tempat awam iaitu mahkamah terbuka.