Peguam 'kotak pensel' positif Influenza B, dibenar keluar hospital hari ini

Iklan
Tangkap layar hantaran Eva Zarina di TikTok pada Jumaat.

SHAH ALAM - Peguam terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar disahkan positif Influenza B selepas mengadu demam dan dikejarkan ke hospital pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, anaknya, Eva Zarina berkata, keadaan peguam kotak pensel itu semakin membaik dan dibenarkan keluar hospital hari ini sekiranya tiada masalah.

Iklan
Iklan
Tangkap layar hantaran Eva Zarina di TikTok pada Sabtu.

"Paras oksigen juga sudah kembali normal dan dah boleh berjalan sikit-sikit, tapi ada satu lagi prosedur yang ayah perlu jalani. Insya-ALLAH jika semua berjalan lancar, ayah saya Tok Mat boleh keluar wad esok (hari ini).

"Harapnya dia lembut hati untuk sambung berehat, biasalah siapa yang kenal akan tahu dia keras kepala. Dalam fikiran hanya kerja, hari pertama di hospital dah tanya mana komputer riba.

Iklan

"Kena tahan wad pun masih bawa komputer riba ke mana-mana. Jadi, minta kebaikan semua orang untuk doakan beliau kembali pulih sepenuhnya, terima kasih yang bertanya khabar," katanya menerusi hantaran di TikTok pada Sabtu.

Sebelum ini, Eva Zarina sempat memuat naik video bapanya terlantar di katil hospital di platform TikTok miliknya.

Iklan

Wanita terbabit juga memohon pertimbangan anak guam ayahnya untuk memberikan sedikit ruang bagi menjalani rawatan dan akan menghubungi mereka semula sekiranya tahap kesihatan kembali stabil.

Ahmad Zaharil pernah tular dengan kisahnya menjadi peguam bela kepada seorang wanita India yang ditangkap dan dituduh di mahkamah gara-gara mencuri kotak pensel pada 1998.

Peristiwa itu dikongsikan semula menerusi satu iklan raya berjudul Lembaran Baharu dan juga media sosial pada Mac tahun lalu.