Jaguh cilik sukan Pushbike Maleeq Dragster diiktiraf MBOR

Iklan
Maleeq Dragster diiktiraf MBOR. Foto FB Dato Muzri

MESKINPUN berusia enam tahun, jaguh cilik sukan pushbike Maleeq Dragster berjaya melakar sejarah tersendiri apabila diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai juara terbanyak kejohanan pushbike kanak-kanak di luar negara dalam tempoh setahun.

Maleeq Dragster atau nama sebenarnya Wan Ayden Maleeq Wan Muhd Muzri mencatat rekod luar biasa dengan 14 kejuaraan, termasuk memenangi gelaran juara dunia kategori lima tahun di Run Bike Series (RCS) Championship di Tokyo, Jepun.

Iklan
Iklan

Bapanya Datuk Seri Wan Muhd Muzri menyifatkan kejayaan anaknya itu sebagai bukti potensi sukan pushbike dalam membentuk generasi muda yang bersemangat juang dan berani.

"Maleeq bukan sahaja mencipta rekod baharu untuk Malaysia, malah mengangkat martabat sukan pushbike tempatan ke peringkat lebih tinggi agar setanding dengan sukan kanak-kanak lain di dunia.

Iklan

Lebih menakjubkan, selain mampu mempertahankan kejuaraan dua tahun berturut-turut di Jepun, Wan Ayden Maleeq turut mencatat kemenangan di beberapa negara termasuk Thailand, Indonesia, Filipina, Hong Kong dan Singapura.

Maleeq Dragster mencatat rekod luar biasa dengan 14 kejuaraan. Foto FB Dato Muzri

Bahkan si cilik ini juga merangkul pelbagai kejuaraan tempatan, antaranya M8 Malaysia International Pushbike GP Series 2 2024 Langkawi, M8 Malaysia International Pushbike GP Series 4 2024 Petronas dan M8 Magnificent Race 2024.

Iklan

Wan Ayden Maleeq yang kebiasaannya hanya melakukan latihan rapi pada waktu malam kerana tidak mahu mengganggu hari persekolahan, menewaskan pelumba-pelumba cilik antarabangsa dalam Rockfish Cup International Championship 2024 yang berlangsung baru-baru ini.

Wan Muhd Muzri yang juga Presiden The M8 Cycling Club berkata anaknya itu akan terbang ke Jepun sekali lagi bulan ini bagi menyertai Kejohanan Run Bike Series (RCS).

"Maleeq akan membawa nama negara bersama abang dan kakaknya, serta tujuh pelumba lain iaitu Fayyadh, Raziq, Izz Fast, Amni, Rafif, Ilyas dan Dayyan. Saingan kali ini dijangka sengit, tetapi kami yakin dengan persiapan rapi, pelumba Malaysia mampu mencapai keputusan terbaik,” katanya.

Mengenai masa depan Wan Ayden Maleeq selepas sukan pushbike, Wan Muhd Muzri berkata anaknya berhasrat meneruskan langkah sebagai pelumba sukan permotoran Mini GP, hasil kerjasama antara M8 Malaysia dan ZK Racing.

"Program ini memberi peluang kepada kanak-kanak berbakat untuk melangkah lebih jauh. Aktiviti sukan seperti ini bukan sahaja membina keyakinan diri, tetapi juga membantu mereka bergaul dengan rakan sebaya,” katanya. - Bernama