New York kenakan caj masuk ke zon sesak

Iklan
Kira-kira 700,000 kenderaan memasuki kota metropolitan tersebut pada setiap hari. Foto Agensi

NEW YORK - Kota metropolitan New York melancarkan skim kontroversi untuk mengenakan bayaran terhadap pemandu yang memasuki ke bandar raya tersebut, yang merupakan caj pertama dilaksanakan di Amerika Syarikat (AS).

Bayaran bermula AS$9 (RM40) sehari dikenakan kepada kenderaan mengikut kelas masing-masing yang menuju ke 'zon sesak' di kawasan Central Park South, Manhattan merangkumi daerah perniagaan Midtown dan Wall Street bermula tengah malam Ahad.

Iklan
Iklan

Pada November lalu, Gabenor New York, Kathy Hochul mengumumkan caj asal berjumlah AS$15 (RM67) yang ditangguhkan beberapa bulan kerana berdepan bantahan banyak pihak dan bakal Presiden, Donald Trump yang berikrar untuk menghapuskan skim itu setelah kembali ke Rumah Putih.

Difahamkan, kira-kira 700,000 kenderaan memasuki kawasan tersebut pada setiap hari hingga menyebabkan kesesakan melampau di beberapa lokasi terutamanya ketika waktu puncak.

Iklan

Komuniti sekitar New York bagaimanapun mempertikaikan caj tersebut kerana dikhuatiri akan menjejaskan perniagaan dan akses penduduk ke Manhattan meskipun objektif utama adalah untuk melancarkan trafik.

Selain itu, ia juga bertujuan menjana hasil untuk sistem pengangkutan awam termasuk rangkaian kereta api bawah tanah.

Iklan

Menurut Hochul, perkhidmatan itu akan dihidupkan semula selepas penilaian awal menunjukkan ia bakal beroperasi pada kadar bayaran lebih rendah.

Terdapat beberapa pengecualian terhadap yuran asas termasuk pelan diskaun pengguna berpendapatan rendah serta mereka yang memasuki zon tol lebih 10 kali dalam tempoh sebulan. - Agensi


INFO

>Sejak beberapa tahun lalu, skim caj serupa telah dilaksanakan di beberapa bandar raya utama termasuk London dan Stockholm. Tetapi, New York mahu melihat impak skim itu kepada trafik dan hasil dijana daripadanya.