Finalis WTF 2024 bakal gamatkan Axiata Arena

Iklan
Kelibat Nur Izzuddin (kiri) dan Sze Fei bakal menarik perhatian peminat di Axiata Arena. Foto Agensi.

BAHANG Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula Selasa ini kian dirasai apabila tumpuan pasti kepada dua beregu negara yang cemerlang setelah beraksi di pentas final Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di China bulan lalu.

Kelibat beregu profesional, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan pasangan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei sudah pasti dinanti-nantikan oleh peminat negara yang mengharapkan kejayaan lebih gemilang buat mereka kali ini.

Iklan
Iklan

Pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang mara ke separuh akhir kejohanan sama turut menarik perhatian.

Beliau berkata, sentuhan Tang Jie-Ee Wei juga diharap berupaya membawa berita gembira pada kejohanan pembuka musim baharu ini.

Iklan
Tang Jie (kanan) dan Ee Wei menjadi taruhan untuk menaiki podium pada Terbuka Malaysia minggu depan. Foto Agensi.

"Saya percaya kehadiran dua finalis WTF di Hangzhou mampu menggamatkan Axiata Arena. Diharapkan mereka berupaya untuk menghadiahkan gelaran buat peminat,” katanya kepada Sukan Sinar.

Terbuka Malaysia dijadualkan bermula pada 7 hingga 12 Januari.

Iklan

Pada WTF bulan lalu menyaksikan impian Nur Izzuddin-Sze Fei untuk bergelar juara dinafikan pasangan dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen setelah tewas dalam aksi final 17-21, 21-17, 11-21.

Tang Jie-Ee Wei pula terpaksa akur kepada gandingan berpengalamanan dari China Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong 18-21, 21-14, 17-21 dalam saingan akhir di Gimnasium Olimpik Hangzhou.