KEMENANGAN Blue Warriors (PDRM) ke atas Malaysian University (UM) untuk merangkul Piala Sumbangsih di Bukit Jalil pada malam Sabtu menjadi momen indah buat pemain sensasi, Hanis Nadiah Onn.
Pemain berusia 29 tahun itu bangkit daripada kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) sejak 14 bulan lalu untuk meledak gol tunggal bagi membantu skuad bimbingan Megat Azrafiq Megat Termizi muncul juara saingan pembuka tirai Liga Hoki Malaysia (MHL) musim ini.