Timbunan sisa plastik cemari pantai Bali

Iklan
Penduduk setempat dan pelancong asing turut menyertai program tersebut.

KUTA - Ratusan sukarelawan menyertai kempen pembersihan di pusat peranginan terkenal Bali, Indonesia pada Sabtu selepas hujan monsun membawa lautan sisa plastik ke tepi pantai, sekali gus mencacatkan pemandangan.

Di sepanjang pantai Kedonganan, Kabupaten Badung yang terletak di selatan pulau itu, longgokan sisa plastik pakai buang termasuk penyedut minuman dan cawan plastik ditemui selain kayu hanyut.

Iklan
Iklan

Pantai Kedonganan antara lokasi utama yang menjadi tarikan pelancong di Bali.

Program sempena ketibaan tahun baharu pada kali ini disertai kira-kira 600 sukarelawan termasuk pelancong dan wakil Kabinet Merah Putih.

Iklan

"Kami tidak pernah melihat sampah sarap terbenam di dalam pasir sedalam satu meter. Dalam tempoh enam hari, kami berjaya mengumpulkan 25 tan sisa sampah. Ia adalah rekod baharu,” kata pengasasnya, Gary Bencheghib.

Keadaan sepanjang pantai tersebut yang dicemari longgokan sisa sampah.

Iklan

Menurutnya, laporan audit mendapati sebahagian besar sampah sarap itu dihanyutkan dari bandar-bandar jiran Jawa yang berpopulasi padat di Indonesia.

Sementara itu, pelancong Rusia, Tatiana Komelova yang menyertai kempen pembersihan itu berkata, timbunan sisa sampah itu memberi peringatan kepadanya untuk mengurangkan penggunaan plastik pakai buang.

Kayu hanyut turut terdampar di tepi pantai.

"Saya sedar masalah itu sedang berlaku di kebanyakan negara, namun tidak menyangka ia seteruk ini. Saya banyak menggunakan plastik dalam kehidupan seharian. Bermula saat ini, saya akan lebih peka demi melindungi alam sekitar,” ujarnya.

Jengkaut turut digunakan untuk mengorek sisa sampah yang terbenam sedalam satu meter.

Indonesia merupakan salah sebuah negara penyumbang terbesar pencemaran plastik dan sisa marin yang dibawa dari aliran sungai dan dihanyutkan dari bandar-bandar utama ke laut.

Guni mengandungi sampah sarap dikumpulkan di tepi pantai Kedonganan.

Sebahagian besarnya dibawa sejauh ratusan kilometer sebelum terdampar di pantai yang menjadi tumpuan pelancong di Bali terutamanya antara bulan November dan Mac. - Agensi