Lapan gerai makan terbakar, seorang cedera

Iklan
Lapan gerai makan di Taman Sri Puteri Skudai di sini hangus dalam kebakaran pada petang Ahad. Foto JBPM

JOHOR BAHRU - Lapan gerai makan di Taman Sri Puteri Skudai di sini hangus dalam kebakaran pada petang Ahad.

Komander Operasi Kanan Penolong Kanan Penguasa Bomba Saifulbahari Safar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.44 petang.

Iklan
Iklan

Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan lapan gerai makan di Taman Sri Puteri, Skudai. Foto JBPM

Menurutnya, seramai 17 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, Iskandar Puteri dan Larkin ke lokasi kejadian.

Iklan

"Lapan gerai terbakar antara 50 hingga 90 peratus manakala sebuah motosikal musnah 95 peratus.

Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan lapan gerai makan di Taman Sri Puteri, Skudai. Foto JBPM

Iklan

"Peniaga gerai iaitu lelaki 37 tahun cedera di tangan kiri dan telah mendapat rawatan awal," katanya dalam kenyataan pada malam Ahad.

Jelas beliau, kebakaran dapat dikawal pada 5.23 petang dan api padam sepenuhnya pada 7.05 malam.

Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan lapan gerai makan di Taman Sri Puteri, Skudai. Foto JBPM