Bomba tangkap buaya sepanjang dua meter di Pulau Ketam

Iklan
Anggota bomba berjaya menangkap seekor buaya sepanjang dua meter yang ditemukan tersangkut pada jaring ikan di Pulau Ketam, dekat sini malam tadi. Foto Bomba Selangor

SHAH ALAM - Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menangkap seekor buaya sepanjang dua meter yang ditemukan tersangkut pada jaring ikan di Pulau Ketam, dekat sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, buaya seberat 120 kilogram itu dijumpai sekumpulan nelayan ketika mereka ingin membetulkan jaring ikan di kawasan terbabit.

Iklan
Iklan

"Seramai sembilan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 9.26 malam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata buaya berkenaan telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

Iklan

Difahamkan, reptilia yang dianggarkan berusia lima tahun itu dikatakan kali pertama ditemukan di lokasi terbabit. - Bernama

Iklan