Polis kenal pasti dalang utama

Iklan
Mohd Yusoff (kanan) menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada Ahad.

KOTA BHARU - Polis kenal pasti dalang utama pengedaran dadah selepas penahanan seorang lelaki rakyat Malaysia di Thailand pada Sabtu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan awal mendapati lelaki yang disyaki sebagai dalang pengedaran dadah itu berasal dari Pulau Pinang dan mempunyai teman wanita warga Laos.

Iklan
Iklan

"Kita masih melakukan siasatan berkaitan kes ini," katanya selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pada Ahad.

Media sebelum ini melaporkan, polis Thailand menahan seorang rakyat Malaysia di Pekan Sungai Golok pada jam 6.40 petang Sabtu dan merampas dadah bernilai RM120,000.

Iklan

Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kolonel Jadsadavit Ingprapan percaya pihaknya berjaya menumpaskan sindiket utama pengedaran dadah.

Jelas beliau, lelaki berusia 24 tahun ditahan di Thailand masih disiasat polis di negara itu.

Iklan

Dalam pada itu, Mohd Yusoff memberitahu, polis Kelantan sudah memantau kemasukan lelaki ke Thailand melalui negeri ini.

"Siasatan masih diteruskan oleh polis Thailand dan bekalan dadah itu mungkin untuk pasaran di sana," katanya.