'Apa guna jawatan disandang, kalau tidak berani mati' - Pemuda MCA

Iklan
Choo Seong (dua dari kiri) dan Akmal Saleh (tengah) menghadiri ke perhimpunan Solidariti Bersama Datuk Seri Najib Tun Razak Menuntut Keadilan bagi menyatakan sokongan kepada bekas presiden parti berkenaan.

SHAH ALAM - Pemuda MCA menyertai Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hadir ke perhimpunan Solidariti Bersama Datuk Seri Najib Tun Razak Menuntut Keadilan bagi menyatakan sokongan kepada bekas presiden parti berkenaan.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Penerangannya, Neow Choo Seong, menerusi hantaran di Facebok yang memaparkan suasana semasa di pekarangan Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman, Putrajaya.

Iklan
Iklan

"Semalam tak sempat turut serta saudara Akmal Saleh joging. Hari ini terserempak pula dengan ramai sahabat seperjuangan semasa brisk walk di Putrajaya.

Suasana semasa di pekarangan Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman, Putrajaya

"Apa guna kepuk di ladang, kalau tidak berisi padi, apa guna jawatan disandang, kalau tidak berani mati,” katanya pada Isnin.

Iklan

Pada pagi Isnin, Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Najib berhubung penolak permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah.

Ia berdasarkan dakwaannya mengenai kewujudan Titah Adendum menyokong permohonan tersebut.

Iklan

Pendengaran yang pada asalnya dijadualkan pada 5 Disember tahun lalu akan dimulakan pada jam 9 pagi di hadapan panel tiga hakim terdiri daripada Hakim, Datuk Azizah Nawawi, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril.