[VIDEO] Keluarga Najib, penyokong tak sabar tunggu keputusan Mahkamah Rayuan

Iklan
PUTRAJAYA - Keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berterima kasih kepada Sultan Pahang kerana berkenaan mengeluarkan surat pengesahan mengenai kewujudan Titah Adendum bagi membolehkan bekas Presiden UMNO itu menjalani baki hukuman penjara di rumahnya.

Anak sulung nya, Datuk Muhammad Nizar berkata, beliau menerima panggil telefon daripada Datuk Pengelola Bijaya DiRaja, Datuk Ahmah Khirrizal Ab Rahman kira-kira jam 10.40 malam Sabtu yang menyatakan bahawa Sultan Pahang berkenan mengeluarkan surat pengesahan terbabit.

Muhammad Nizar ketika bertemu penyokong Najib yang setia menunggu di pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya sebentar tadi.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


"Perkara itu menunjukkan bahawa isu kewujudan Titah Adendum terbabit menjadi terang lagi bersuluh.

"Justeru tiada siapa dapat menyangkal dan mempersoalkan kewujudan Titah Adendum berkenan.

"Jadi saya berharap semua penyokong Datuk Seri Najib dapat bersama kerana Insya-ALLAH keputusan muktamad akan diumumkan pada jam 1 tengah hari nanti," katanya kepada penyokong Najib yang setia menunggu di pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya sebentar tadi.