[VIDEO] 'Kami bukan penjenayah, reda seandainya dikenakan tindakan'

Iklan

PUTRAJAYA -"Saya reda diambil tindakan andai sokongan kami berikan ini satu kesalahan."

Itu antara reaksi peserta Himpunan Solidariti Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pekarangan Istana Kehakiman pada Isnin.

Iklan
Iklan

Ahli UMNO Bahagian Puchong, Suhaimi Adnan, 52, berkata, beliau hadir bukan untuk membuat kekecohan sebaliknya sebagai tanda ingatan kepada mantan Perdana Menteri itu.

Ahli UMNO hadir di Istana Kehakiman, Putrajaya bagi menyatakan solidariti kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Isnin.

Iklan

"Najib adalah orang yang banyak menabur bakti kepada negara serta berjasa, jadi saya lihat tidak jadi satu kesalahan untuk menyatakan sokongan kepada beliau.

"Walaupun Presiden UMNO sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa mana-mana ahli yang masih mahu menyertai perhimpunan tersebut, perlu menanggung sendiri sebarang risiko yang akan dihadapi, bagi saya ia tidak jadi satu masalah, apa pun risikonya saya sedia tanggung," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Yati, Azrai, Maimon, Suhaimi

Katanya, dirinya sentiasa mematuhi arahan kepimpinan dan ini dapat dilihat sendiri suasana himpunan yang berlangsung dengan aman.

"Kita hadir dan juga bersama rakan-rakan dari Pas, bukan untuk melakukan kesalahan sebaliknya kita mahukan keadilan yang sewajarnya buat Najib.

"Ahli UMNO sifatnya sangat bertamadun dan menjunjung tinggi kedaulatan undang-undang, dan sikap itu juga ditunjukkan rakan-rakan dari Pas yang hadir pada himpunan ini," katanya.

Ahli Wanita UMNO Bahagian Ketereh, Maimon Abd Hamid, 60, berkata, kehadirannya bukan untuk melakukan perkara yang salah di sisi undang-undang.

"Kehadiran saya bersama rakan-rakan dari Wanita UMNO Bahagian Ketereh mahukan keadilan kepada Najib Razak.

"Kami bukannya penjenayah, kami datang dari jauh untuk bersolidariti, sebagai mengenang segala jasa bakti beliau sewaktu Perdana Menteri sebelum ini," katanya.

Orang ramai mula membanjiri pekarangan Istana Kehakiman, di sini bagi menghadiri pendengaran rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak awal pagi Isnin.

Dalam perkembangan sama, Ketua Puteri UMNO Bahagian Langkawi, Yati Ismail berkata, beliau hadir sebagai tanda ingatan terhadap Najib.

"Banyak jasa bekas Perdana Menteri ini, saya berharap Najib diberi keadilan sewajarnya.

"Terlalu besar jasanya dan ketika beliau berhadapan dengan ujian ini, kami mahu sentiasa bersama beliau," katanya.

Sementara itu, Setiausaha UMNO Bahagian Langkawi, Azrai Ahmad berkata, beliau hadir memberi sokongan terhadap Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Mohd Nazifuddin yang juga anak Najib.

"Najib dianggap seorang pemimpin yang hebat dan pernah menjadi Perdana Menteri selama sembilan tahun," katanya.

Terdahulu, orang ramai mula membanjiri pekarangan Istana Kehakiman, di sini bagi menghadiri pendengaran rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak awal pagi Isnin.

Orang ramai mula membanjiri pekarangan Istana Kehakiman, di sini bagi menghadiri pendengaran rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak awal pagi Isnin.

Tinjauan Sinar Harian mendapati penyokong Najib dan ahli Pas dilihat memenuhi sudut kiri dan kanan bahagian hadapan serta laluan masuk menerusi pintu belakang Istana Kehakiman.

Pada Ahad, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed dilaporkan berkata, pihak polis mengawasi seluruh kawasan berhampiran Istana Kehakiman selain turut melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) di setiap laluan masuk ke Putrajaya.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan penganjuran himpunan solidariti buat Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Kehakiman di sini pada Isnin ditolak pihak polis.

Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya ada menerima permohonan penganjuran tersebut pada 31 Disember lalu namun ia terpaksa ditolak selepas semakan dilakukan mendapati permohonan berkenaan tidak lengkap.

Jelas beliau, penolakan permohonan telah diberitahu kepada pihak penganjur Jumaat lalu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Mahkamah Rayuan menetapkan Isnin sebagai mendengar rayuan bekas Perdana Menteri itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum.