[VIDEO] Najib dijangka keluar daripada tahanan penjara dalam tempoh sebulan - Peguam

Iklan

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Pasukan peguam bekas Perdana Menteri ke-6 menjangkakan Datuk Seri Najib Tun Razak dikeluarkan daripada tahanan penjara dalam tempoh sebulan.

Peguamnya, Tan Sri Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menjelaskan, perkara itu berlaku sekiranya prosiding semakan kehakiman yang mencabar kewujudan Titah Adendum di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memihak kepada pihak mereka.

Iklan
Iklan

"Ia bergantung kepada mahkamah...Jika hakim memutuskan memihak kepada kami, mungkin dalam tempoh sebulan, beliau akan kembali," katanya menerusi sidang akhbar selepas prosiding di Mahkamah Rayuan berakhir jam 1.45 petang Isnin.

Najib, 72, sedang menjalani hukuman penjara enam tahun sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Iklan

Beliau memfailkan petisyen untuk memohon pengampunan diraja pada 2 September tahun sama.

Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta, menjadikan beliau bakal bebas pada 23 Ogos 2028.

Iklan
Muhammad Shafee ketika sidang akhbar selepas selesai prosiding di Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin

Titah Adendum didakwa membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan di rumah dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Terdahulu Najib berjaya mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah untuk memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi yang bersidang bersama Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril dengan majoriti 2-1, membenarkan rayuan Najib, 72 untuk mendapatkan kebenaran itu.

Keputusan majoriti dicapai oleh Azhahari dan Mohd Firuz sementara Azizah menentang keputusan terbabit.

Sementara itu, ditanya mengenai reaksi Najib, Mohamed Shafee berkata, anak guamnya menunjukkan isyarat tanda bagus dan gembira dengan keputusan berkenaan.

"Beliau kelihatan gembira dan sangat lega kerana akhirnya ada elemen ketidakadilan yang dikenakan terhadapnya diiktiraf," katanya.