Pengasas Amazon sumbang AS$10 bilion selamatkan bumi

Iklan
Jeff Bezos - Foto AFP

MOSCOW - Lelaki terkaya dunia, merangkap usahawan internet dan pelabur Amerika Syarikat, Jeff Bezos yang turut terkenal sebagai pengasas syarikat teknologi multinasional, Amazon melancarkan dana baharu untuk menangani masalah perubahan iklim dengan menyumbang AS$10 bilion (RM41.5 bilion).

"Hari ini, saya umumkan pelancaran dana 'Bezos Earth'. Perubahan iklim ancaman terbesar kepada planet kita. Inisiatif global itu akan membiayai saintis, aktivis, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) - untuk memelihara dan melindungi alam semula jadi," kata Bezos menerusi Instagramnya, lapor agensi berita Sputnik.

Iklan
Iklan

"Kita akan dapat selamatkan bumi. Tindakan kolektif dari syarikat besar mahupun kecil, negara, pertubuhan dunia dan individu. Saya sumbangkan AS$10 bilion untuk memulakannya, mari kita lindungi alam sekitar bersama-sama," tambahnya.- Bernama