Sabah tidak laksana hukum sebat di khalayak ramai

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung isu hukuman sebat di khalayak ramai. Gambar kecil: Mohd Arifin

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah tidak akan melaksanakan pelaksanaan takzir sebatan secara terbuka di khalayak ramai di negeri itu.

Perkara itu ditegaskan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Agama negeri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif susulan kenyataan Mufti negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar menerusi sebuah akhbar tempatan pada 3 Januari lalu yang bertajuk 'Mufti Sabah sokong hukum sebat di khalayak ramai'.

Iklan
Iklan

"Kerajaan negeri ingin memaklumkan bahawa kenyataan Ustaz Bungsu merupakan pendapat dan pandangan peribadi beliau dan sama sekali tidak mewakili pendirian kerajaan negeri.

"Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan negeri menerusi pihak berkuasa agama akan kekal dengan hukuman yang sedia ada terhadap kesalahan takzir. Takzir merupakan hukuman yang dijatuhkan atas kesalahan yang tidak dinyatakan bentuknya oleh syarak.

Iklan

"Kerajaan negeri tidak akan melaksanakan hukum sebat di khalayak ramai seperti yang dilaksanakan di negeri Terengganu, baru-baru ini, memandangkan Sabah merupakan negeri yang unik, terdiri daripada berbilang kaum dan agama, serta keharmonian agama, toleransi dan persefahaman menjadi teras rakyat Sabah hidup secara aman dan harmoni," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Sehubungan itu, beliau berharap isu tersebut tidak terus dipolitikkan atau menjadi bahan perdebatan oleh mana-mana pihak sehingga menimbulkan suasana yang kurang harmoni.

Iklan

"KIta berpegang prinsip Fiqh Sabahi yang juga diperkenalkan oleh Mufti Sabah iaitu fiqh kebijaksanaan dan hikmah dalam pergaulan, menjalin hubungan dan bermasyarakat dan menjalankan nilai dakwah dan syiar Islamiah berdasarkan kehidupan pelbagai kaum dan agama di Sabah.

Sebelum itu, mufti dipetik dalam laporan akhbar tersebut turut menyokong pelaksanaan hukuman itu kerana ia mengikut syariat Islam.