PUTRAJAYA - Polis akan membuka kertas siasatan berkaitan himpunan solidariti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Kehakiman, di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya akan memanggil berapa individu untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.