Kepala lori 'hilang' dalam kawasan parkir PPK

Iklan
Sebuah kepala lori milik PPK Tanjong Karang dicuri di tempat letak kenderaannya di Cawangan Batu 9 di Kuala Selangor pada Ahad. Gambar hiasan

KUALA SELANGOR - Sebuah kepala lori milik Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjong Karang dicuri di tempat letak kenderaannya di Cawangan Batu 9 di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 4.59 petang.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kepala lori itu dipercayai dibawa keluar melalui pintu pagar utama menghala ke arah Sekinchan pada jam 4.25 petang hari sama.

"Kepala lori itu mempunyai tanda jelas dan berwarna putih.

Iklan

"Terdapat tulisan Peladang pada hadapan kepala lori berserta logo pertubuhan itu di kiri dan kanan pintu lori," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tegas beliau, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Iklan

Azaharudin memberitahu, polis meminta orang ramai atau saksi bebas tampil memberikan maklumat mengenai kes kecurian itu.

Sehubungan itu, katanya, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03 -32891222 atau mana-mana balai berdekatan.