DBKL roboh 11 struktur haram atas rizab jalan

Iklan
Sebanyak tujuh kes sitaan serta-merta turut dilaksanakan DBKL atas kesalahan meletakkan barangan perniagaan di tempat awam. - Foto DBKL

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan operasi meroboh struktur haram di 11 premis termasuk satu unit kediaman yang dibina di atas tanah rizab jalan di sekitar Segambut di sini.

Tindakan diambil melalui operasi bersepadu turut membabitkan Polis Diraja Malaysia, Syarikat Bekalan Air Selangor, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam serta Alam Flora.

Iklan
Iklan

DBKL melalui satu kenyataan memaklumkan, 10 unit premis merupakan kesalahan membina struktur tambahan hingga menutup longkang dan laluan awam manakala satu unit rumah diubah suai tidak selaras dengan pelan diluluskan DBKL.

Kesemua barangan yang disita dibawa ke stor sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras

"Kesemua premis telah dirobohkan kecuali dua pemilik premis yang berjanji untuk membuka sendiri struktur sambungan di premis mereka serta membersihkan semua halangan di tempat awam," ujar DBKL dalam kenyataan itu pada Isnin.

Iklan

Dalam pada itu, sebanyak tujuh kes sitaan serta-merta telah dilaksanakan DBKL atas kesalahan meletakkan barangan perniagaan di tempat awam.

Jelasnya, tindakan itu dilaksanakan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 serta 1 notis kompaun di bawah UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.

Antara premis yang membina struktur tambahan hingga menutup longkang dan menutup laluan awam yang dirobohkan.

Iklan

"Sisa struktur dirobohkan kemudiannya dilupuskan DBKL selepas operasi tamat dan kesemua barangan yang disita pula telah dibawa ke stor sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi," ujarnya.

Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan telah dikenal pasti.

"Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan https://adukl.dbkl.gov.my," tambah kenyataan itu.