DAMSYIK - Menteri Kewangan Syria, Mohammed Abazeed pada Ahad mengumumkan kerajaan interim bakal menaikkan gaji kakitangan sektor awam sebanyak 400 peratus menjelang bulan depan.
"Ia adalah langkah pertama penyelesaian kecemasan kepada realiti ekonomi di negara ini selepas berdepan perang saudara dan sekatan antarabangsa selama 13 tahun,” ujarnya.