GENTING GAZA - Pegawai Hamas pada Ahad memaklumkan gerakan itu bersedia membebaskan kira-kira 34 tawanan di Genting Gaza di bawah fasa pertama perjanjian damai bersama Israel.
Pengumuman itu dibuat ketika pusingan baharu rundingan gencatan senjata berlangsung di Qatar, di tengah-tengah kempen pengeboman yang semakin sengit.
Iklan
Iklan
"Ia bakal dilaksanakan di bawah perjanjian pertukaran tahanan. Pembebasan tawanan peringkat pertama itu akan melibatkan warga emas, wanita dan kanak-kanak,” katanya.
Sejak beberapa bulan lalu, negara perantara, Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berusaha mencapai perjanjian damai bagi menghentikan perang genosid di Gaza yang sudah berlarutan selama 15 bulan.
Kali terakhir tempoh bertenang selama seminggu dilaksanakan di enklaf tersebut adalah pada November 2023 yang menyaksikan 80 tawanan Israel dibebaskan sebagai pertukaran dengan 240 tahanan Palestin. - Agensi