Malaysia rugi RM700 juta setahun akibat ketirisan teknologi alamat

Iklan
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil (empat dari kiri) dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh (empat dari kanan) pada Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian (MoU) Inisiatif Kampung Digital Melaka antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kerajaan Negeri Melaka di sebuah hotel di sini pada Isnin. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

KUALA LUMPUR – Malaysia mengalami ketirisan pendapatan lebih RM700 juta setahun akibat kebergantungan kepada perkhidmatan geospatial dan navigasi utama dari luar negara.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, situasi ini berpunca daripada ketiadaan sistem pengalamatan bersepadu yang menyebabkan pelbagai agensi mengurus data alamat secara berasingan, selain menyumbang kepada kelemahan dalam ekonomi digital negara.

Iklan
Iklan

"Kebergantungan kepada teknologi luar bukan sahaja membebankan negara dari segi kewangan, malah meningkatkan risiko pengurusan maklumat infrastruktur kritikal negara (NCII),” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Inisiatif Kampung Digital Melaka antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerajaan negeri Melaka di sini pada Isnin.

Beliau turut memuji usaha kerajaan negeri Melaka yang menjadi perintis kepada pelaksanaan inisiatif Kampung Digital, sebuah langkah strategik dalam transformasi sistem pengalamatan di 623 kampung tradisional di negeri itu.

Iklan

"Inisiatif Kampung Digital ini menggunakan teknologi pemetaan geospatial dan kod QR untuk mewujudkan sistem pengalamatan yang moden dan sistematik,” katanya.

Fahmi menambah, sistem baharu itu akan memanfaatkan pelbagai sektor termasuk e-dagang, logistik, serta pembangunan bandar pintar, sekali gus menjadikan Malaysia lebih kompetitif dalam era ekonomi digital.

Iklan

"Pelaksanaan Sistem Alamat Nasional (NAS) yang kini dalam kajian bakal menjadi sumber tunggal pengalamatan yang autoritatif di peringkat kebangsaan. Ini akan mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar dan melindungi data geospatial negara,” katanya.

Apabila siap sepenuhnya, NAS akan menjadi sistem tunggal bagi sumber alamat yang autoritatif dan diiktiraf oleh kerajaan sebagai rujukan utama untuk mengurus lebih daripada 12 juta alamat di seluruh negara, melalui kerjasama erat antara pelbagai pihak berkepentingan.

Majlis berkenaan turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh itu menyaksikan kerjasama strategik antara MCMC dan kerajaan negeri Melaka dalam usaha memperkukuh teknologi serta infrastruktur digital negeri.

"Kita berharap Kampung Digital Melaka menjadi model unggul untuk dicontohi negeri lain,” ujar Fahmi.

Sementara itu, Ab Rauf yakin Kampung Digital ini berpotensi besar untuk dijadikan sebagai model penyelarasan alamat kampung yang jauh lebih bersistematik sekali gus diangkat menjadi contoh mendigitalkan kampung di seluruh Malaysia.

"Kerajaan negeri telah berjaya memperoleh kelulusan dana pembiayaan berjumlah RM3.37 juta ringgit menerusi keputusan Mesyuarat Penyelarasan Dana Pembiayaan SKMM pada 24 Julai 2024.

"Terima kasih kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) khususnya, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil atas sokongan kepada Kerajaan Negeri Melaka," katanya.