Reunion pertama bekas jurulatih, staf Pularek TLDM KDSI

Iklan
Norman (berdiri dua dari kanan) dan Hiruldin (duduk dua dari kirI) bersama bekas anggota, pegawai dan keluarga pada Pertemuan Ukhwah 1.0 Ex Jurulatih dan Staf Pularek TLDM KDSI baru-baru ini.

SHAH ALAM – Bagi merapatkan ukhuwah, bekas jurulatih dan staf Pusat Latihan Rekrut (Pularek) TLDM, Kapal Diraja Sultan Ismail (KDSI) mengadakan reunion baru -baru ini.

Koordinator 1, PWI PTI (B) Norman Markom berkata, seramai kira-kira 160 bekas anggota, pegawai dan kakitangan awam bersama keluarga masing-masing terlibat dalam program berkenaan.

Iklan
Iklan

"Pertemuan ini dirancang selepas kami berjaya mengumpulkan bekas anggota dan pegawai melalui grup WhatsApp dan ini merupakan program pertama selepas sekian lama tidak bertemu," katanya kepada Sinar Harian.

Turut hadir pada program selama dua hari itu, Pengerusi Ex-Pularek TLDM, Leftenan kdr (B) Hiruldin Johari.

Iklan

Jelasnya, program reunion yang diadakan turut memberi peluang kepada ahli-ahli berkongsi pengalaman sewaktu bertugas ketika Pularek berkenaan yang berpengkalan di Woodlands, Singapura sebelum dipindahkan ke Tanjung Pengelih, Kota Tinggi.

"Selepas ini kami merancang untuk mengadakan reunion lebih besar di Pularek KDSI memandangkan sokongan yang diberikan oleh ahli amat baik pada program pertama ini,” katanya.

Iklan