Bekas banduan kongsi masuk Penjara Kajang bersama Najib, PU Azman

Iklan
Seorang lelaki berkongsi pengalaman masuk penjara bersama Najib.

SHAH ALAM - Seorang lelaki berkongsi pengalaman menjalani hukuman di Penjara Kajang yang turut menempatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerusi perkongsian di TikTok milik Hin Othman, lelaki yang tidak didedahkan nama dan tempat tinggal itu mendakwa bekas Ahli Parlimen Pekan berkenaan mendapat layanan istimewa berbanding banduan lain yang berada di sana.

Iklan
Iklan

"Kita kat dalam tu semua macam member-member (kawan-kawan). Najib dia special (istimewa) kita panggil dia bosku. Dia punya special tempat tinggal lain dengan kita, dia punya sel sendiri-sendiri (dan) dalam tu pun tidak sama macam kita.

Menurut lelaki yang menjalani hukuman selama empat bulan di penjara berkenaan, turut ditempatkan di lokasi sama ialah bekas pendakwah selebriti Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman.

Iklan

Katanya, hampir setiap hari PU Azman menyampaikan tazkirah yang digambarkan seakan-akan berada di dalam studio.

"PU Azman sporting, hari-hari bagi tazkirah macam kat dalam studio. Kita kat sana tercengang tengok... seronok la artis. Kat sana kita macam member-member. Tidak kiralah kamu menteri ke, tukang cuci ke, semua sama,” katanya.

Iklan

Melalui perkongsian itu juga, lelaki berkenaan turut memberitahu setiap banduan memakai baju berlainan warna mengikut tahap kesalahan yang dilakukan.

Katanya, banduan paling lama yang menjalani hukuman di penjara berkenaan adalah 400 tahun dan baju putih pula menunjukkan banduan yang menjalani hukuman paling ringan.