SELEPAS warganet berjurai air mata melihat persembahan anak Shuib, Dzahira Talita Zahra, 12, di Bukit Bintang pada Jumaat, kini perasaan pelayar media sosial tercuit pula apabila anak Achey, Nur Tiara Zinnirah Nasir turut menyatakan keinginan sama.
Si cilik comel yang baru berusia enam tahun itu nampaknya teringin mengikut jejak langkah Talita membuat persembahan di hadapan khalayak.
Bagaimanapun bukan di Bukit Bintang tetapi sebaliknya di sebuah pasar raya terkenal.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Tiara memaklumkan kepada Achey, dia mahu menjadi seperti Dekta, panggilan manja Talita.
"Ayah, Tiara nak jadi macam Dekta.
Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah nampak tergamam dengan permintaan anaknya itu, sempat meminta Tiara membuat latihan sambil berbaring, namun aksi anak tunggalnya yang bersahaja telah mencuit hati pengikut di media sosial.
"Dekta nyanyi lagu mak dia, awak nak nyanyi lagu apa?” soal Achey.
Apa yang membuatkan pengikut Instagram Achey terhibur, Tiara pada mulanya menyanyikan lagu bapanya berjudul Biar dan kemudian secara spontan menyanyikan lagu sekolahnya.
Rata-rata pengikut di media sosial mengakui terhibur dengan keletah Tiara dan meminta Achey menunaikan permintaan anaknya itu.