Kereta rosak, penyewa guna angkut buah kelapa sawit

Iklan
Keadaan kereta yang kotor dan rosak ketika dipulangkan penyewa. Foto Facebook Salvisteh

SHAH ALAM - Seorang pengusaha kereta sewa di Sabah mengalami kerugian apabila salah sebuah kenderaannya rosak gara-gara digunakan bagi tujuan mengangkut buah kelapa sawit.

Menerusi hantaran Facebook milik Salvisteh Sal, penyewa kereta itu didakwa enggan bertanggungjawab malah, bertindak menyekat nombor telefon peniaga berkenaan yang cuba menghubungi bagi menuntut ganti rugi bagi kenderaan tersebut.

Iklan
Iklan

Ujarnya, kenderaan jenis Perodua Axia itu dipulangkan dalam keadaan bahagian dalaman kotor dengan lumpur, kerusi belakang dicabut, bumper pecah, tayar botak, lampu indikator amaran enjin menyala dan terdapat kesan pelanggaran.

Penyewa bergambar dengan kereta yang disewanya. Foto Facebook Salvisteh

"Untuk penyewa kereta Axia, laporan polis sudah dibuat. Tunggu masa sahaja untuk kamu ganti rugi segala kerosakan yang kamu buat,” katanya pada Disember lalu.

Iklan

Menurutnya, penyewa berkenaan turut tinggalkan peralatan seperti sabit, tombak dan parang dalam kenderaan tersebut.

"Tujuan saya buat hantaran ini supaya kawan-kawan buat perkhidmatan kereta sewa tidak terkena sama seperti apa yang berlaku kepada saya

Iklan

"Saya akan padam hantaran ini jika penyewa tersebut ganti rugi kerosakan kereta saya,” ujarnya.